Rabu, 18 September 2013

CCFL Ring


Ini adalah projek seterusnya yang aku nak buat, iaitu DIY CCFL Ring pada lampu depan, Kos CCFL adalah RM150.00, lampu ni aku beli secara online dan pemasangan aku buat sendiri, bagi aku tak susah pun nak buat cuma perlu buka cover lampu, tapi sebelum tu kena la buka bumper dulu, pastu baru la boleh keluarkan seketul lampu ni dan baru boleh buka cover tu.. nak buka cover lampu kena pakai hair dryer & head gun, panaskan sekeliling lampu & cungkil cover dengan screw driver mata rata.

Ada 4 CCFL, 2 besar & 2 kecil. CCFL besar letak di reflector lampu besar, CCFL kecil letak di reflector signal, ballast juga perlu ada untuk menghidupkan lampu.

Cover lampu telah di buka & CCFL ring telah di lekat menggunakan double side tape

Kena potong sket bahagian atas sebab CCFL sangkut pada bahagian tersebut, CCFL ada 2 jenis, 1 bulat sepenuhnya seperti di atas, yang ini kena potong bahagian atas, 1 lagi jenis separuh bulat, jenis ni tak perlu potong bahagian atas, just lekatkan je.

Wayer CCFL, untuk lampu besar keluarkan wayer ikut lubang lampu kecil & wayer CCFL kecil kena tebuk lubang pada bahagian belakang CCFL & siliconkan supaya air tak masuk. Sambungkan wayer pada soket lampu kecil.

Test lampu
Ini lah hasilnya, nak pasang balik cover lampu tu kena panaskan semula keliling cover lampu supaya gam silicon tu cair dan cantumkan semula cover.

3 ulasan: