Jumaat, 1 Jun 2012

Had Laju di Putrajaya

Hari ni aku nk becerita pasal had laju di Putrajaya, kalau korang nk tau aku dah dua kali terima saman had laju dalam masa dua bulan! melayang RM 300!

Memang diakui had laju yang ditetapkan adalah untuk keselamatan pengguna, tapi kalau korang tengok gambar kt bawah ni rasa2nya adakah had laju 70kmj di lebuh raya 3 lorong 100% demi keselamatan pengguna??

Pendapat aku kalau dah had laju tak logik mcm ni 20% adalah tidak selamat kepada pengguna. Takkan lorong paling kanan nak bawak 70kmj? macam mana nk memotong?. Dua kali aku dpat saman hanya kerana nak memotong, dan pada masa itu aku bawak tak sampai pun 110kmj.

Walaupun had laju tidak ditentukan oleh PDRM, tapi PDRM boleh guna budi bicara sama ada perlu atau tidak speed trap dilakukan.. Tak perlu la nak aniyaya pengguna dengan had laju macam ni.. Pada aku had laju macam ni sesuai kat jalan kampung je..

Papan tanda had laju 70Kmj di lebuh raya tiga lorong Putrajaya