Jumaat, 5 September 2014

D.I.Y : HEAD ROCKER COVER


Tarikh : 30 Ogos 2014
Masa : 2.00 pm - 4.00 pm.

Projek kali ini adalah servis rocker cover head, servis ini di buat adalah kerana terdapat kebocoran minyak hitam antara rocker cover & head.

Keadaan head & rocker cover yang berminyak & kotor.

Cabut benda-benda yang berkaitan dengan rocker cover seperti skru, soket, hose dll seperti dalam bulatan merah 

Setelah dibuka segala yang berkaitan, sekarang baru boleh cabut rocker cover menggunakan screw driver mata rata, cungkilkan sedikit @ ketuk sedikit screw driver dengan hammer.

Setelah rocker cover dibuka

Keadaan tepi head yang berminyak dan berhabuk

  Setelah dibersihkan

 keliling head dibersihkan

Gam gasket High Temp





 Hanya part-part tertentu sahaja menggunakan gam gasket

Getah gasket aku tak tukar sebab dari pemerhatian kasar getah gasket masih dalam keadaan baik, hanya letak gam gasket sekeliling rocker & dalam beberapa hari pemerhatian, tiada kesan kebocoran minyak dikesan.


Keadaan rocker cover & head selepas seminggu pemantauan.