Khamis, 19 September 2013



Rota Rim!

Sebelum ni aku pakai rim Advan Racing 16", hampir 2 tahun aku pakai rim tu, akhirnya terniat juga nk tukar rim lain yang lebih incinya dan lebarnya, so aku pilih Rota TE37 17" 9JJ Offset 30, tayar 17" 205 45.


Hari terakhir rim ni berkhidmat kt keta aku

Setelah Rim di di cabut dari kereta
Proses pemasangan Rim baru
Siap : )



Boleh nampak kelebaran rim dari sudut tepi



















Rabu, 18 September 2013

CCFL Ring


Ini adalah projek seterusnya yang aku nak buat, iaitu DIY CCFL Ring pada lampu depan, Kos CCFL adalah RM150.00, lampu ni aku beli secara online dan pemasangan aku buat sendiri, bagi aku tak susah pun nak buat cuma perlu buka cover lampu, tapi sebelum tu kena la buka bumper dulu, pastu baru la boleh keluarkan seketul lampu ni dan baru boleh buka cover tu.. nak buka cover lampu kena pakai hair dryer & head gun, panaskan sekeliling lampu & cungkil cover dengan screw driver mata rata.

Ada 4 CCFL, 2 besar & 2 kecil. CCFL besar letak di reflector lampu besar, CCFL kecil letak di reflector signal, ballast juga perlu ada untuk menghidupkan lampu.

Cover lampu telah di buka & CCFL ring telah di lekat menggunakan double side tape

Kena potong sket bahagian atas sebab CCFL sangkut pada bahagian tersebut, CCFL ada 2 jenis, 1 bulat sepenuhnya seperti di atas, yang ini kena potong bahagian atas, 1 lagi jenis separuh bulat, jenis ni tak perlu potong bahagian atas, just lekatkan je.

Wayer CCFL, untuk lampu besar keluarkan wayer ikut lubang lampu kecil & wayer CCFL kecil kena tebuk lubang pada bahagian belakang CCFL & siliconkan supaya air tak masuk. Sambungkan wayer pada soket lampu kecil.

Test lampu
Ini lah hasilnya, nak pasang balik cover lampu tu kena panaskan semula keliling cover lampu supaya gam silicon tu cair dan cantumkan semula cover.

Isnin, 16 September 2013

Fasilitator Pelaksanaan Sistem eSPKWS

Fasilitator Perlaksanaan Sistem eSPKWS


Aku telah dilantik oleh PPD Daerah Sepang sebagai Fasilitator bagi pegendalian Sistem eSPKWS, secara jujurnya aku tidaklah mahir bab-bab kewangan sekolah, tetapi atas kepercayaan yang diberi aku cuba untuk membantu bagi pegendalian sistem eSPKWS Daerah Sepang. Terima kasih juga kepada En. Faizal & En. Asyraf kerana selama ini banyak membantu dan mengajar sehingga di beri kepercayaan & di lantik sebagai Fasilitator.