Ahad, 19 Disember 2010

Perjalanan pengubahsuaian Perodua Kancilku..

Assalamualaikum...... Sedikit pengalaman pengubahsuaian @ penukaran enjin...


Enjin Standrd Rawang.. 660cc 6v SingleCam N/A

Hanya mampu mencapai kelajuan 120km/j je..
kalau dapt lebih dari tu kira nasib jela..
amat menyakitkan hati bila nk memotong @
kena cucuk rapat dengn keta beso!
Maka... Bermula la pencarian enjin yg sedikit berkuasa..

Dok pening sama ada nak masuk enjin L2s @ L502s..
akhirnya setelah mendapat feedback dari kawan2 Kcarlife maka aku buat keputusan untuk masuk enjin L502s ber kod JBJL 16v TwinCan TURBO. Dari segi kuasa kuda still sama dengan L2s iaitu 64 kuasa kuda, perbezaan hanya pada Cam dan jumlah piston di mana L2s SingleCam 3 piston, L5 TwinCam 16V 4 piston, perbezaan hanya pada Pickup ( L2s lebih pickup dari L5 ) dan dari segi Long Distance ( Lebih kepada L5 ).
Dapat sekali dashboard L5, konsol gear, stereng, meter merah L5, lampu kaki.

Tangki juga disertakan sekali..

Keadaan enjin pada halfcut... mgkin lama sangat tersadai kat Jepun...

 Di angkat ke atas lori untuk di bawa ke bengkel...

 Hantar ke bengkel Abu Bakar Baginda Bangi...

Turun enjin lama.. bnyk leaking.. & juga masalah "dalaman" enjin..
 Setelah enjin diturunkan.....

 Masa untuk pemasangan enjin L502s JB-JL

 Keadaan setelah enjin dinaikkan...Teruja untuk merasai kuasanya...!


 Pemasangan pendawaian dari halfcut L5

 Enjin sekarang... Ber cc660 jgk.. tapi 16v TwinCam TURBO berbanding enjin asal yg hanya 6v SingleCam N/A..

 Interior L502s.. Sangat berbeza dari interior asal yang terlalu simple!

Bernadikan L502s TwinCam 16v TURBO..
Best untuk long distance..
Boleh mencapai 170km/j ( tanpa Speed Cut ) dalam keadaan standard.

Tidak menyakitkan hati masa memotong & time kena cucuk dgn keta beso!

Next plaining nak pakai tebo subaru tag biru @ Td04-09.
& management..




Di sini disertakan sekali tips-tips semasa mencari halfcut.. & boleh juga digunakan untuk mencari kereta terpakai... ( Tips ni aku dapat dari goooogle je.. & aku edit mana yang perlu )

1) Buka radiator cap. Pastikan air dalam tu hijau, lepas tu jangan tutup, biarkan terbuka & pastikan air dalam tangki spare cukup.

2) Buka oil cap & tengok keadaan dalam enjin samada berkarat @ kekuningan, kalau karat, maknanya enjin da lama tak hidup, kalau kuning, okla tu...kalau depan kesan hangus...(bau minyak hangus) sendri mau ingat.

3) Tarik deep stick...lap 1x...tengok ada kesan minyak tak...(biasa kalau ade dia jadi berbelang)...kalau ada belang tu...maknanye enjin da lama tak idup @ minyak enjin lama tak tukar.

4) Kalau enjin turbo...cuba lihat sekeliling turbo (terutama pada bahagian ekzos) samada leaking atau tak...kalau leaking...tak payah ambik.

5) Biasanya hafkat ada ekzos separuh...korbankan skit tangan korang yg bersih tu, "colek" skit pada bahagian dalam ekzos tu...tgk ada minyak ke tak...kalau ada minyak...(atau kesan minyak enjin)...maknanya valve seal dah bocor.

6) Tengok mileage...(jangan percaye sgt nih, ade gak yg meter pusing)

7) Perhatikan juga sekeliling head dan rocker cover...kat sini biasa ada banyak habuk melekat, jadi hitam...tu takpa...boleh cuci...tapi..kalau basah ngan minyak, tak payah amik.

8) Apabila korang dah betul-betul puas hati dengan kriteria-kriteria di atas, barulah suruh dia start enjin...dengar dia punya autochoke, jalan ke tak...rpm akan jadi tinggi masa autochoke ni on.

9) Kat item 1 tu, aku cakap jangan tutup radiator cap kan?...ha...masa enjin baru nak start ni lah banyak rahsia tentang enjin tu yg boleh korang tau...tengok samada air dalam raditor tu melompat keluar ke tak...kalau melompat je...korang suruh tokey tu matikan enjin, simpan balik hafkat tu, tak payah ambik...konpom banyak problem hafkat tu...lepas tu korang biar je sambil tgk air dalam radiator tu, kurang atau tak...dalam masa yg sama, tgk dekat ekzos, mesti ada sedikit asap warna putih @ hitam (Ni normal sebab pembakaran belum lengkap, tambah lak enjin tgh sejuk) dan sedikit air akan meleleh @ merecik melalui ejos...ini tandenya....enjin tersebut berada pada tiptop condition..

10) Perkara yg paling PENTING sekali masa beli hafkat ni, biar enjin hidup sampai kipas automatik jalan sendiri...jangan bukak air cond dulu...biar dia jalan dulu...lantak la kalau tak cukup minyak pun...suruh tokey tu tambah lagik petrol tu...cakap la yg kita nak beli...dia mesti layan punyer...dengar betul-betul dia punya idling, elok ke tak.

11) Bila kipas dah pusing...em...kalau boleh biar sampai cut...tgk ade semput ke tak...kalau semput...mintak turun harga,...mungkin plug dah tak elok...(sampai stage nih, korang mesti beli, kalau tak beli, siap la korang kena hamun ngan tokey tu.

12) Lepas tu...barulah korang cek functional setiap controller...aircond, lampu hujan, lampu besar, lampu highbeam, signal-yg penting nyala, kelip ke tak kelip ke, bukan salah lampu tu, sebab signal belakang takda, so relay jadik tak betul, lepas tu tgk lampu2 meter, temperature tu jangan lupa, jgn lebih separuh, jam,...kalau salah satu dari pada nih tak function, mintak turun harge kaw-kaw punya...

13) Pastikan korang dapat complete with rear disk brek c/w absorber, tangki minyak, dan floor mat...kalau takde, mintak turun harge lagik.

Yg penting sekali.....lepas idupkan engine...biarkan lebih kurang 5minit lepas tu tekan clutch....kalau rpm drop maknanya main bearing dah lingkop.

10 ulasan:

  1. terbaik bang info nya.. hehe...

    BalasPadam
  2. terbaikkk laaaaa bro for infooo

    BalasPadam
  3. Saya sekarang pakai L2 tapi dah kondem.Nak masuk L5 4piston.minta sedikit pendapat atau nasihat dari tuan.bukan nk berlumba,cuma nak guna pakai lama untuk long distance ke.terima kasih

    BalasPadam