macam biasalah.. apa-apa yg aku nak buat pasal kereta lebih mudah buat di kampung, maklum la sekarang ni aku menetap di Apartment Putrajaya, so agak susah untuk aku buat sesuatu melibatkan kereta.
Hari ini, aku nak buat penyelenggaraan kereta @ lebih mudah di sebut servis kereta ler..
Sebelum aku pulang ke kg, aku dah siap beli barang -barang yang perlu diganti, iaitu :
1. Minyak Hitam Shell HX7 = RM 94.00
2. Oil Filter Ori Proton = RM 8.00
3. Minyak Gear Box Proton SP3 = RM 20.00 sebotol X 5 botol, So, RM 100.00.
4. Air Filter = RM 10.00.
5. Oil treatment gear box automatik = rm 30.00
Jadi, modal keseluruhan adalah RM 242.00.
Kos ni adalah jauh lebih murah kalau nak dibandingkan dengan servis di Servis Center Proton dengan harga yang tak masuk akal!
Gambar berikut adalah barang-barang yang perlu ada.
Jack 2 tan
Oil Filter Wrench
Pakai 2 jack untuk safety
Kedudukan jack yang betul
Minyak hitam Shell Helix HX7 dan Oil Filter
Minyak Gear Box SP3 Proton dan X-1R Automatik Treatment
Air Filter
Gear box automatik treatment
Kedudukan skru minyak gear box
Kena guna corong minyak untuk tuang minyak gear box
Mileage semasa sevis
Next servis minyak hitam dan minyak gear box
Selepas Servis.. Done!